Assalammualaikum w.b.t
Syukur
Alhamdulillah akhirnya Allah beri saya kesempatan untuk menulis blog yang saya
impikan ini. Dah lama tak menulis mmg rasa kekok sedikit :) . Namun tujuan
utama blog ini diwujudkan adalah untuk memberi perkongsian info & ilmu
kepada semua agar para ibu bapa di Malaysia dapat terima info yang tepat
berhubung Botol Susu Besi yang kian menjadi fenomena saat ini.
Nama saya
Norshahida bt Zainal Abidin . Berasal dari Johor Bahru, Johor . Saya adalah
Owner & Founder Botol Susu Besi Malaysia (Baby & Mom Choices Shop) .
Kepakaran saya ialah membantu para ibu bapa
menyelesaikan masalah pemilihan botol susu kepada yang lebih selamat , sihat
lagi menjimatkan.
Baby & Mom Choices Shop adalah merupakan sebuah perniagaan khas
menjual pelbagai jenis Botol Susu Besi (stainless steel) dan telah berdaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 di atas nama :
NORSHAHIDA CHOICES
(No. Pendaftaran : JM0623624-H)
Kedai Utama kami terletak di
No 21A-7 ,
Jalan Masjid,
Kampung Melayu Majidee,
81100 Johor Bahru,
Johor.
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan menjual secara Online dan juga
Offline , serta membekal botol susu besi (stainless steel) pelbagai jenis dan
saiz yang diimport terus daripada Amerika Syarikat . Kami juga mempunyai ramai
ahli dropship dan agen online seluruh Malaysia yang membantu memperkembangkan
lagi jaringan perniagaan kami .Botol susu besi (stainless steel) yang kami
pasarkan ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan keselamatan dan Jaminan
Antarabangsa. Produk kami adalah produk Tulen dan berkualiti tinggi .
Misi utama kami adalah untuk membantu para ibu bapa membuat pemilihan
botol susu terbaik buat anak-anak mereka .Botol susu besi (stainless
steel) ini adalah yang Pertama dan Terbaru di Malaysia .
Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan diharap dapat
memudahkan kesemua golongan pengguna untuk memiliki botol susu yang sangat
sihat dan selamat ini buat anak-anak mereka.
Kami berharap , usaha keras kami untuk
memperkenalkan botol susu besi (stainless steel) ini sekaligus menjadikan ianya
sebagai satu Trend Penyusuan Sihat lagi Selamat akan mendapat sambutan dan
sokongan padu daripada semua pihak . Semoga dengan adanya blog ini akan memberi
sebanyak mungkin manfaat berguna kepada para ibu bapa yang inginkan info dan
maklumat tepat berkenaan medium penyusuan sihat untuk anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment