Jangka Hayat Botol Susu Bayi
Pernah tak terfikir botol susu yang kita pakai untuk anak-anak kita berapa lama jangka hayat dia?
Ataupun ramai yang fikir boleh pakai botol tu sampai bila-bila ?.. sampai dah tak boleh guna?
Bila baca pasal jangka hayat botol susu barulah sedar betapa bahayanya botol susu yang dah pakai lebih dari 3 ke 6 bulan..SERIUS ??? YA !! Tambah lagi yang ada calar kat bahagian dalam botol . Kesan calar-balar ini akan mengeluarkan toksik apabila kita membancuh susu dengan air panas ( bancuh susu mestilah kena guna/ campur air panas kan? ) dan ini boleh membahayakan anak kita . Kalau yang BPA Free tu pun boleh tahan 6 bulan je, apatah lagi yang kita beli murah-murah tu. Kadang tu kalau dipasaraya , ada yang dijual semurah RM15 untuk 3 botol . Pastinya kualiti botol plastik tu memang sah-sah tak boleh diguna lama dan singkat je jangka hayat penggunaannya kalau nak dibandingkan dengan harga sebotol botol susu yang BPA free kan ? Harga minima botol paling murah utk BPA Free dalam lingkungan RM40 ++ mengikut saiz. Owhhh tidak ... anak kita sedang dalam bahaya ! Info yang macam ni tidak di dedahkan secara meluas . Sangat ramai ibu-ibu yang tak tahu pasal ni, terutama sekali ibu-ibu muda yang baru saja bergelar ibu. Oleh itu bagi yang dah tahu kesan buruk botol susu plastik tu, yang dah guna sampai setahun eloklah cepat-cepat gantikan botol susu tu.. Jangan tunggu-tunggu lagi ya, kesian anak-anak kita.
Disini saya kongsikan tentang BPA dan kesannya kepada kesihatan anak-anak kita .
Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA
Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
Kesan Terhadap Kesihatan
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
Tip Mengelakkan BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
1- Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
2- Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
3- Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
4- Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
5- Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
6- Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
1- Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
2- Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
3- Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
4- Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan botol susu itu kena tukar :
1. Kesan calar - Kalau dah selalu basuh mesti ada kesan kena hujung berus ke apa kan. Walaupun guna berus yang lembut ke, mahal ke, benda ni tak mustahil boleh jadi kan? Dari situlah datangnya kesan calar kat dalam botol tu. Jadi bila dah ada calar, maknanya ada defect, bila ada defect possibility botol tu tak berapa selamat sebab ada pembebasan toksik dan bahan kimia yg lain adalah tinggi.
1- Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
2- Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
3- Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
4- Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan botol susu itu kena tukar :
1. Kesan calar - Kalau dah selalu basuh mesti ada kesan kena hujung berus ke apa kan. Walaupun guna berus yang lembut ke, mahal ke, benda ni tak mustahil boleh jadi kan? Dari situlah datangnya kesan calar kat dalam botol tu. Jadi bila dah ada calar, maknanya ada defect, bila ada defect possibility botol tu tak berapa selamat sebab ada pembebasan toksik dan bahan kimia yg lain adalah tinggi.
2. Cucian sabun - Setiap sabun pasti punya kandungan bahan kimia. Walaupun guna yang organik, atau yang takde paraben sekalipun pasti lama kelamaan mesti akan ada reaction. So prevention is better than cure bukan ? Bertukarlah dan berhati-hati dengan sabun pencuci botol yang anda gunakan. Gunalah sabun pencuci botol yang selamat & kurang kandungan bahan kimianya.
3. Sterilized - Bila sebut sterilized, automatik ada kaitan dengan heating process ( proses pemanasan ). Plastik yang kuat chemical bonded sekali pun, kalau dah asyik panas-sejuk-panas-sejuk, lama² mesti ada sikit effect dia. Logiknya, jika kita kerap sterilized, maka, akan cepatlah berkurang jangka hayat botol tu. Oh lagi satu, botol kalau kita bawa pergi jalan-jalan,pun kena jaga dan kena simpan ditempat yg sesuai. Botol susu plastik jika kena panas, pun ada reaction juga taw. Samalah macam kita pernah dengar, jangan minum air mineral yang dah letak dalam kereta time panas :) Sebab barang plastik boleh datangkan kesan buruk bila dengan kepanasan , terutama sekali untuk makanan mahupun minuman. Selalu jugak kita dengar kalau nak minum air panas, guna cawan kaca, tak elok guna cawan plastik ;)
4. Lain-lain faktor - Kalau nampak botol dah bertukar warna ala-ala kekuningan ke, kelabu asap ke,dah hilang nombor sukat kat botol tu , jenama apepun dah tak nampak , eloklah beli yang baru gantikan botol tu ye. Lagi satu, kalau botol tu dah basuh berkali-kali pun masih berbau susu pun wajib lah tukar kot. Bau tu je pun dah bagi signal yang botol tu dah tak elok dan perlu diganti.Bila ada bau , makna botol tak bersih , ada bakteria .Bila ada bakteria, tu yang membuatkan susu anak kita cepat basi dan rosak.
"Sedikit Perkongsian : Puting botol susu anak anda hendaklah di tukar sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh 6 bulan"
"Botol Susu pula, sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan, 2 kali.. sebab apa? dibimbangi bahan chemical di dalam botol akan "melt" sekali dengan susu baby sekiranya tidak ditukar"